Membayar sewa untuk pejabat dan kakitangan sudah “cause a dent” in Petronas pocket. Saya juga tidak mahu cerita dari sudut teknikal sangat itu semua orang boleh research dan cari sendiri kalau rajin , kalau tidak main game sahaja dalam internet.
Saya lebih berminat dari sudut hasil kerja Pemimpin Melayu. Hasil peluh dan akal nya, nilai kan dari kerja nya dan bukan ceramah dan kata kata nya.Dari sudut emosi keberhasilan akal pemimpin melayu yang beragama Islam ini. Itu lah sudut yang saya minat nak kabar kan.
Ketika syarikat mengurus keranda cina pun sudah miliki bangunan sendiri dan syarikat buat curry powder sudah ada menara sendiri ,mana mungkin Petronas tidak miliki satu bangunan untuk menempat kan kakitangan nya dan perkakas pejabat nya, tentu lah jengkel, betul tak?
Kebetulan pula negara di perintah oleh Perdana Menteri yang kuat kerja yang intoduce kan “punch Card” macam lagu Allahyarham Sudirman yang pagi pagi lagi dia sudah terpacak di pejabat kerana ghairah mahu bekerja. Tentu lah PM ini mahu Petronas ada bangunan sendiri demi nak save kan kos penyewaan.
Untuk pengetahuan rakyat PM ini juga yang introduce “name tag” supaya kakitangan kerajaan bekerja dengan nama terpampang di dada supaya orang lain boleh kenal , kalau minum teh lama lama pun orang boleh sebut nama nya di kantin.Dan kalau malas dan lembab di kaunter rakyat boleh sebut nama nya.Kalau mintak duit bawah meja lagi lah senang rakyat sebut nama nya.Jadi terpaksa lah kakitangan kerajaan bawa pulang gaji halal kerja ikut waktu dan tidak ponteng. (hahahah )
_______________________________________________
Berbalik kepada kisah Twin Tower ni, pendapat PM ini jika boleh bina satu penempatan syarikat Minyak ini tentu lagi mudah dan cost saving dari sudut administrative. Despatch pun tidak perlu lah keliling kota sebab unit dan division sudah ada dalam satu bangunan, tambah ia nya “add value” kepada nilai syarikat Petronas.
Motif bangunan ini pula pada mula nya di ilham ia di lakar kan dengan motif Islam yang awal nya di coreng di atas kerta tisu sahaja sebelum di serah kepada akitek PM ini berkelulusan perubatan tapi mahu tahu banyak perkara dalam bidang lain, maka di rujuk nya sana dan sini bertanya pendapat. Maka akhir nya berbentuk lah ia nya seperti kubah tinggi.
Ada lah pada mula nya bangunan ini mahu sepenuh nya di hadap kan tepat
kepada KIBLAT , tetapi atas sebab masalah tanah mendap dan teknikal lain maka terpaksa di mereng kan sikit.
Asal nya tanah ini ada lah kawasan Lumba kuda, tiap sabtu dan ahad penuh dan
sesak lah dengan kaki kuda, kini sabtu dan ahad penuh dengan bas dan kereta serta pelancong. Itu juga transformasi.
Kerana kebijaksanaan pencipta dan pengarah nya ia itu Tun Mahathir sendiri , kontraktor untuk 2 bangunan ini di pilih dari dua negara yang sememang nya tidak boleh kalah antara satu sama lain.Maka sikap tidak mahu tewas kepada pihak lagi satu maka berlumba lah mereka berkerja untuk siap kan bangunan yang telah di peruntukan untuk syarikat masing masing ini. Cabaran nya ia lah jika kontraktor salah satu bangunan ini sampai dahulu ke tingkat yang ada “skybridge”maka kontraktor itu di kira lebih bagus.
Tahu tahu lah perangai orang Korea dan orang Jepun, mana lah Korea mahu kalah dengan Jepun dan sebalik nya.Macam main bola , biar kalah kepada Papua New Guinea asal jangan kalah kepada negara musuh tradisi.
Maka kepala kontraktor Jepun mengintai Korea, Kepala kontraktor Korea mengintai
Jepun masing masing dengan teropong nya.Jika satu berhenti maka yang satu lagi baru mahu berhenti. Jika hujan selalu nya berhenti kerana fakotr simen,maka akan di buat kerja lain pula atas sebab tidak mahu rugi waktu.
Hebat nya pemimpin Melayu ini ia lah dia boleh guna kan emosi 2 bangsa ini untuk percepat kan siap bangunan nya,no delay and no fuss. Seperti Putrajaya pemimpin Islam ini akan tetap selit kan Mesjid di dalam projek nya, tidak lah beliau melaung laung Islam dari sudut emosi atau slogan , bah kan mempraktik kan nya dalam tindak tanduk, Masjid As Syakirin juga ujud bersama bangunan gah ini.Seusia dengan menara kembar ini,Kira yang tinggi jadi lambang keujudan Petronas yang rendah lambang akur kehebatan ALLAH.
Selain menjadi bangunan yang menempat kan kakitangan PETRONAS , ia juga kini menjadi address syarikat ternama. Di satu waktu dulu heboh tersebar cerita konon nya seorang ulama besar di panggil untuk memindah kan bunian dari kawasan pembinaan ini, di kabar kan juga bas terpaksa di sewa.Terpikir juga jika sudah bunian perlu apa dengan bas? Tapi itu Cuma cerita besar di waktu pembinaan bangunan ini,
kesahihan nya tidak ada siapa berani sah kan.
Antara simbolik bangunan ini ia lah setiap pelancong dari luar negara terpaksa mendonggak ke atas melihat bangunan ini, ia nya seolah memberi tabik melihat keatas, “look up” dan bukan “look down” kepada bangsa Melayu ini.
Kini berbas bas pelancong datang paling ramai di sebelah Desa Kudalari untuk bergambar.Malah di depan simpang jalan P Ramlee /Yap Kwan Seng pun terbaring terduduk pelancong mahu mengambil gambar.
Ketika di soal oleh wartawan asing apa pendapat dan perasaan nya tentang bangunan Twin Tower akan jadi “second higgest” kerana bangunan “Taipei 101 “akan jadi “the highest” selepas ini? Jawap Tun Mahathir dengan senyum sinis “You must remember we built two tower at one time” dan yang faham akan senyum. Bermakna jika kami tumpu kepada paling tinggi kami tidak buat 2 tapi satu. Dan itu bukan matlamat nya,ia lebih kepada kebergunaan nya dan bukan kepada logo dan simbol nya.
Bangunan yang menelan kos hampir RM1.5 billion kini sudah menjadi asset yang bernilai 3 Billion lebih.Jika rasa ia nya membazir , jual lah dan ambil lah wang masuk kantong Petronas kembali.
Tiada masaalah pun. Oh lupa, Jambatan bengkok dan kereta kebal Singapura yang berat tidak dapat mendaki nya, nanti lah di lain masa.
sumber : http://www.mazeermohamad.com/
0 komentar:
Posting Komentar