Nasi GorengKu, Enak Sekali...
Salam semua, ini menu pagi tadi, buat untuk
sarapan. Blurr sebenarnya, plan asal nak sarapan biskut cicah teh O sahaja,
namun segalanya berubah bila cm nampak di timeline FB, nasi goreng kampung yang
dimasak oleh kawan FB che mat. Aduhh, tergoda sungguh. Teringat dalam peti
sejuk ada kangkung yang hampir layu tapi masih hijau lagi. Dan dari gambar yang
cm nampak memang ada kangkung dalam nasi goreng kampung, Ini sudah bagus, jadi
kita ON pojek nasi goreng kampung. Bukan lah susah mana dan ikutlah apa yang
anda nak letak dalam tu. Che mat campur daging ayam sebab tu saja yang ada. Dan
untuk rencahnya che mat tumbuk ikan bilis, bawang merah, cili padi dan secubit
belacan. Nasi goreng kampung selalunya pedas sedikit. Kalau ikutkan di Malaysia
dan negara2 jiran, nasi goreng bukan terhad untuk sarapan pagi sahaja, tapi
sesuai untuk setiap waktu samada tengah hari, petang atau pun malam. Che mat
gandingkan dengan telur mata kerbau dan jeruk petai....ehemmm.
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dileraikan
1/2 cekak kangkung, siang dan cuci bersih, toskan
5 tangkai kacang panjang, potong kecil
1 keping dada ayam. hiris kecil, cuci dan toskan
1 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar, hiris
BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi merah Thai
1 camca besar ikan bilis, cuci dan rendam sekejap
Secubit belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan
minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan isi ayam
dan kacau rata. Masak hingga isi ayam berubah warna. Masukkan kacang panjang
dan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Tolak ke tepi kuali. Tuang telur,
masak sekejap dan kacau hingga menjadi telur hancur. Gaul rata.
2. Tambah
garam secukup rasa dan masukkan nasi, Gaul rata dan masukkan kangkung. Gaul
lagi dan masak hingga kangkung layu seidikit. Rasa dan jika ok boleh sajikan
bersama telu mata kerau atau ulam petai.
Sumber : http://www.tiffinbiru.com/
0 komentar:
Posting Komentar